Perkongsian Hunting Hot Wheels Case 72 pcs.




Perkongsian hunting untuk dapatkan kotak/case 72 pcs.

Credit to : Kayrie Esmael
      

1. Pilih hari pertama promosi atau sehari sebelum promosi hotwheels di mana-mana pasaraya. Akan ada kelibat staff yang tgh susun bin untuk promosi esok hari. Jika kena pada timing, staff tengah susun stok baru hotwheels di pegs/bin bagi persediaan hari promosi atau sehari sebelum promosi. Minta izin dengan staff bertugas untuk dapatkan kotak. Ada setengah pasaraya akan roger-roger manager dulu untuk dapatkan keizinan..kalau manager kata ok...so dapat la korang kotak + keta2 JDM + berlagak tunjuk koleksi JDM
.
2. Cari mana-mana staff yang bertugas bahagian toy department, minta izin atau bertanya ada tak stok baru untuk display. Kalau dia kata tiada stok-stok baru, Minta izin lagi nak tgk juga kereta lain, mana tahu berkenan, saya nak beli. So kalau staff bawa keluar kereta kepala buaya, tetap korang kena beli. Untuk jaga hati dia, lepas tu step terakhir minta kotak setelah yang ada balance dalam kotak dia gantung di pegs. Pastikan semua perkara ini dibawah pemantauan staff.

3. Jika hendak dapatkan kotak di kedai rangkaian contohnya 7-Eleven,Mynews.com,Speedmart memang agak sukar sikit kerana pegs yang display selalu tak dapat tampung stok yang sampai. Cara terbaik beli banyak dan minta sekali kotak kalau diizinkan. Nanti staff akan bawa keluar kotak lain untuk pindah hotwheel yang ada yang kotak anda nak ke kotak lain.

4. Pilih hari di cawangan Toys”R”Us (TRU) akan restok atau sedang restok, bertanya staff yang bertugas jika ada kotak-kotak hw nak buang. Jika pandai bodek dan bertanya dengan berbudi bahasa. Boleh punya. Cuma kena pandai pilih timing dan kena pada masa restock.

5. Beli sekotak 72pcs daripada reseller. Dalam kad-kad best dan dapat juga free kotak.
Semua perkara berikut tidak memerlukan sebarang salah guna kuasa atau jenayah di lakukan. Yang paling utama, ringan mulut bertanya serta ramah, berpandangan positif dan paling utama menjaga hati orang lain dengan tutur kata bersopan :-)

Tiada perkara yang mudah untuk memburu hotwheels sekarang ni, yang paling mudah perbetulkan niat kita. Rezeki itu akan datang dengan sendirinya :-)

Tips Hunting Hot Wheels Case Box.