Cara Pasang Skru Pada Base Hot Wheels






Cara Buat Bunga Skru Pada Base Hot Wheels


Alatan diperlukan :

  • Drill / Dremel.
  • Mata Drill Size 2mm
  • Screw (saya guna yang jenis bentuk kepala rivet) boleh beli di sini 
  • Thread maker @ Tap Size M2.5. Boleh beli di sini
  • Allen Key size paling kecik



Tutorial ini selepas anda tebuk rivet pada base hot wheels anda. Boleh rujuk tutorial unrivet hotwheels di sini

First step.
  • Buat lubang menggunakan drill size 2MM kedalaman lebih kurang 4 - 5 mm. Sebelum buang rivet hot wheels, make sure buat lubang sikit dulu supaya lepas buang rivet senang la nak buat lubang takdela senget2 kan.


  • Hasilnya akan jadi seperti gambar di bawah ni.


Second step.

  • Guna hand tap masuk ke dalam lubang yang dah kene drill tadi dan pusing perlahan-lahan. Agak2 dah ketat tu jangan paksa lagi takut patah. Kalau guna drill make sure jangan pusing laju-laju. Pusing kembali arah berlawanan untuk keluar kan tap dari lubang. Sebelum nak masukkan tap untuk buat alur skru pastikan habuk besi yang korang dah drill tadi dah bagi clear, spray sikit WD40 untuk melancarkan kerja. Dah selesai korang boleh tengok alur skru dah terhasil. 

Third Step.
  • Pasang balik cermin, interior, base hot wheels kemudian letak skru and lock guna allen key. Rujuk gambar di bawah. Agak2 dah rasa ketat tu tak perlu paksa lagi. Janji dah lock.


  • Okay dah siap. Hasilnya macam gambar di bawah



P/s : Pastikan experiment dulu pada kereta yang biasa-biasa. Bila dah dapat tune dah boleh start buat kat kereta favourite korang.

Sebarang pertanyaan : (klik untuk mesej tanpa save number) : www.wasap.my/60127473680


.SELAMAT MENCUBA.




Keyword : Unrivet and Rivet Hot Wheels



PUBG Decal for Kombi



Whatsapp without save number: https://www.wasap.my/60127473680

Kombi Decal for PUBG
White Toner
RM8 / USD 3

Kit Kat Decal for Kombi


Whatsapp without save number: https://www.wasap.my/60127473680

Kit Kat Decal for Kombi
White Toner
RM10 / USD 4



Polishing Tools



50 Pcs : RM20
Kegunaan : Memudahkan kerja mengilatkan kereta. Tak perlu penatkan tangan menggosok kereta.
Postage : RM7 (Semenanjung) RM10 (Sabah) RM11 (Sarawak)
Order (klik untuk mesej tanpa save number) : www.wasap.my/60127473680

Hand Tap @ Thread Maker



1 Pcs : RM18
Size : M2.5
Titanium Coating
Postage : RM7 (Semenanjung) RM10 (Sabah) RM11 (Sarawak)
Order (klik untuk mesej tanpa save number) : www.wasap.my/60127473680


Apa Itu Hot Wheels ZAMAC



What is Hot Wheels ZAMAC?.

Adalah singkatan dari bahan material rangka hot wheels iaitu : Zinc, Aluminum, Magnesium, and Copper alloy. Biasanya ianya tidak dicat dan berwarna kelabu. Term ZAMAC kali pertama di gunakan pada tahun 1998.

Keluaran Hot Wheels ZAMAC ini hanya khusus untuk pasaran USA dan bukan di Malaysia.


Custom Sport Light @ Crawler Light Bar For Hot Wheels




Bahan - bahan diperlukan :
- Untuk sport light boleh guna dari blink-blink accessories handphone.
- Untuk part tapak pada lampu boleh gunakan bahagian rata, contoh plastik,tapak sim card dan lain-lain



Selepas itu tampalkan bahagian  mana yang anda mahu.

Untuk mendapatkan idea, boleh google Crawler Light Bar for Car/Truck/4x4



Skru Kepala Rivet




1 Set (100pcs) : RM25
Postage : RM7 (Semenanjung) RM10 (Sabah) RM11 (Sarawak)
Order (klik untuk mesej tanpa save number) : www.wasap.my/60127473680

Build Suspension On Hot Wheels or Other Diecast



Credit to : Rayner Reno Customkecil


1. Potong bahagian kaki sama rata dengan base

2. Tutup bahagian yang terbuka dan warnakan.

3. Potong bahagian plastik bentuk T sama pnjang dgn axel (material daripada lebihan tree mokit)

4. Belah bahagian T untuk laluan axle. Hati-hati jangan sampai terbelah terus, hanya separuh sahaja. Kemudia, masukkan axle dan letakkan gam 3sec sedikit.

5. Tebuk lubang kecil untuk letak dawai pemegang.

6. Masukkan dawai pemegang pada lubang yg ditebuk tadi. Material dari jarum peniti.

7. Sediakn bahagian panjang(coupling) dan tebuk lubang untuk sambungan pada dawai pemegang.


8. Lekat bahagian coupling pada tempatnya mengikut panjang dan tinggi yang sesuai.

9. Ianya akan nampak seperti ini jika dimasukkan axle.

10. Tebuk dua lubang kiri dan kanan untuk masukkan dawai flexible


11. Masukkan dawai flexible pada lubang yg ditebuk td dan letakkan gam 3sec supaya dawai tak tercabut (material daripada kabel single core ataupn boleh guna tali gitar 😁 😁 😁)

12. Letakkan axla pada atas dawai dan bengkokkan hujung dawai supaya exel tak tercabut (jangan letak gam 3sec pada bahagian ini). Siap dan ulang proses yg sama untuk axle yang satu lagi


Selamat mencuba.. 😁😁
 
Support : Hot Wheels Mania
Copyright © 2011. Hot Wheels Blog Malaysia - All Rights Reserved