Part 2 : Hot Wheels Hunting Tips



Tip Berburu Hot Wheels : Credit to Kayrie Esmael

Part 2 : Hot Wheels Hunting Tips. 

Memburu di Kedai Barangan Runcit/Rangkaian/Francais/Cawangan.

Secara umum kedai-kedai rangkaian seperti 7Eleven,Speedmart ataupun mana2 kedai rangkaian mempunya hari restok barangan tiap minggu mengikut trip hari tersendiri. 

Cara terbaik bertanya pada staff /manager kedai bilakah hari-hari barangan direstok. Kebanyakkan kedai rangkaian menerima stok barangan 3 kali seminggu mengikut jadual agihan contohnya isnin khamis dan sabtu. 

Tapi kena ingat hotwheels bukan barangan hot seller, so kemungkinan akan kerap restok adalah tipis disebabkan keputusan restok atau request stok adalah bergantung kepada manager dan Ibu Pejabat.

Berikut adalah secara khusus dijelaskan pola restok mengikut kedai.

7-Eleven (7E) - Tahun ni merupakan tahun yang suram bagi 7e untuk Hot Wheels. Dengan kurangnya tumpuan marketing mereka kepada hotwheels dan mass restok, kelihatan ramai collector dah mula menjauhkan diri dengan kedai jenama ini. Mungkin disebabkan promosi yang lebih kepada gimik jualan. Maka pemburu tegar sudah tidak merencanakan kedai ini sebagai lokasi tumpuan untuk memburu. Trick untuk memburu di kedai rangkaian ini adalah dengan mengetahui bila selalunya stok akan smpi dikedai samada menjelang lewat petang ataupun awal pagi. 

Jika ada promosi berkaitan hotwheels, selalunya seawal 12 pagi, sudah tersedia stok-stok baru, dan selewatnya stok smpi sehari atau dua hari lewat. Di kawasan utara dan pantai timur selalunya lewat sikit menerima stok berbanding KL dan Selangor. Jika suatu kawasan itu restok, boleh pergi menjelajah kawasan berhampiran untuk mencuba nasib. Sebaiknya menjelajah 3 buah kedai atau atau lebih untuk pengesahan restok secara berpukal, jika terdapat 1 sahaja kedai restok, boleh dirumuskan, stok hanya datang secara rawak, peluang untuk kawasan berhampiran restok adalah tipis.

MyNews.com - Pola restok kedai ini lebih kurang sama dengan 7E cuma perbezaan ketara berbanding 7E adalah kedai ini mempunyai pegs/homebay sendiri untuk display hotwheels dan produk diecast termasuk majorette. Jika anda gemar memburu dikawasan bandar, Mynews.com adalah lokasi wajib anda jelajah .

Speedmart99 - Kedai ini merupakan kedai rangkaian yang popular dengan stok datang dengan case 72pcs yang dipotong dua dan ada kata stok sampai setengah kotak. Mengikut pengalaman saya tak semua speedmart99 akan display stok hw mereka dan sekarang sudah banyak kedai-kedai jenama ni sudah tidak menjual hw disebab masalah pencuri dan lebihan stok di kedai. Cuma jika dibanding antara semua kedai rangkaian , speedmart antara kedai yang rajin restok. So bagi sesiapa gemar memburu di kawasan pinggir bandar, speedmart99 sepatutnya pilihan anda.

Kedai Buku (MPH,Popular,Pustaka Rawang dll)- Kebanyakkan kedai-kedai buku di kawasan bandar ada menjual hw dan agihan stok hw selalunya dibuat pada awal bulan tiap bulan. Kebanyakkan kedai buku hanya restok sebulan sekali dan kegemaran restok adalah pada hari cuti ujung minggu contohnya hari sabtu dan seawal hari jumaat.

Cold Storage - Pasaraya ni merupakan sebuah kedai di bawah pengurusan Giant, so jika hendak mengetahui bila pasaraya ini akan restok dan case apa akan digantung, anda boleh la lihat apa yang dijual di Giant dan bila giant akan restok, maka kemungkinan itulah pulak akan sampai dan akan dijual di sana dengan harga yang sedikit mahal berbanding Pasaraya Giant. Jika anda seorang yang tidak mengambil kisah mengenai harga dan mencari kereta-kereta yang rare, cold storage mungkin lokasi yang boleh anda lawati. Kemungkinan lepas anda baca artikel ini, cold storage sudah menjadi lokasi tumpuan, so peluang anda telah tipis selepas ayat ini dinoktahkan...hahahaa

Kedai Barangan Bayi/Kanak2- Ramai tidak mengetahui bahawa dikedai ini terdapat menjual hw. Jangan juga pelik jika anda masuk dibahagian barangan maianan terdapat jenama RMZ, SIKU dan Hot Wheels dirak jualan mereka dan saya menjangkakan, selepas ni ramai yang mengaku hendak membeli mainan untuk anak anda jika ditanya oleh promoter selepas membaca artikel ini....lubuk barangan rare, jangan terkejut jika kad-kad lama Hot Wheels dan SIKU dijual dikedai ini.

Ada lagi beberapa kedai tidak saya perincikan dalam artikel ini disebabkan kurang informasi dan diharap pada masa akan datang kita dapat kongsi-kongsi info lain bersama anda dan mcm biasa...klue utama memburu dikedai rangkaian adalah menghafal pattern stok sampai, kawasan berhampiran restok dan negeri anda tinggal. Selebihnya hanya rezeki memisahkan anda dengan dunia realiti.