Part 1 : Hot Wheels Hunting Tips



Credit : Kayrie Esmael

Berikut adalah tips-tips untuk berburu hotwheel mengikut pasaraya pilihan anda!

Part 1 (Hot Wheels Hunting Tips)
Review secara umum : Edisi Pasaraya/Pasaraya Besar Yang Terpilih 2017

Toys"R"Us (TRU) - syurga mainan, stok update tiap minggu dan selalu berkolabrasi dengan pihak Mattel untuk promosikan jenama hotwheels. Untuk memburu di sini, anda perlu tahu trend dan rangka promosi mereka. Tiap kedai lain cara mereka restok di pegs. Cabaran paling besar memburu di sini kerana ramai collector bertumpu apabila menjelang hari Rabu disebabkan kebanyakkan kedai menerima stok pada hari rabu.

Trademark harga - Beli 3 percuma 1
Kelebihan - restok hari rabu tiap minggu
kekurangan- collector/scalper berkampung di kedai pada hari rabu 
Collector Friendly- 4 1/2 Star

TESCO - memburu apabila sales bermula dan selepas sales berakhir. Selalunya pihak pengurusan akan restok atau request restok mengikut keperluan. Jika sales berlanjutan sebulan dan dua minggu, pilih masa memburu ketika pertengahan tarikh sales atau minggu-minggu terakhir sales.Jika sales tu bersambung, pilih hari pertama renew tarikh sales, selalunya time tu new stok akan diorang letak di bin. Hari biasa jika tiada sales, amalkan memburu ketika bermula cuti ujung minggu atau cuti-cuti umum. Hari isnin merupakan hari kegemaran untuk pasaraya ini letak hotwheels di pegs.

Trademark harga- 2pcs untuk RM10
Kelebihan - bin/raga untuk letakkan hotwheels
kekurangan- Staff Collector
Collector Friendly- 4 Star

GIANT - Cara pengurusan stok hampir sama dengan pasaraya Tesco, cuma mereka lebih gemar restok ketika habis waktu promosi dan gemar bersaing dengan Tesco jika membabitkan perang harga dan promosi. Selalunya restok pasaraya tak serancak tesco dan gemar meletakkan Tesco sebagai pasaing.Hari jumaat merupakan hari kegemaran untuk pasaraya ini letak hotwheels di pegs.

Trademark harga- 1pcs untuk RM5.99 atau RM4.99.
Kelebihan - pegs PROMOSI di kawasan tertentu atau pegs di hadapan kaunter cashier atau kawasan barangan makanan.
kekurangan- Staff Collector
Collector Friendly- 4 Star

AEON-Big /AEON/PARKSON - Pasaraya ini merupakan new comer dalam persaingan harga antara Giant dan Tesco dan selalunya mereka akan membuat promosi diluar waktu Tesco dan Giant bersaing dan jangkamasa promosi mereka selalunya lebih lama contohnya sebulan cuma kelemahan paling ketara pasaraya ini adalah takut untuk menangggung risiko kecurian. Walaupun ada promosi, mereka lebih gemar bergantung pada pegs/homebay semata-mata untuk letakkan barang-barang promosi

Trademark harga- Beli 3 untuk RM15
Kelebihan - kakitangan lebih ramah berbanding dua pasaraya di atas terutamanya staff bangla. Tanya aja 1 soalan, dia bagitau semua termasuk dia sendiri mengaku dia collector
kekurangan- Staff Collector
Collector Friendly- 3 1/2 Star

THE STORE/PASIFIC - Pasaraya di bawah pengurusan yang sama ini sukar diramal rangka promosi mereka dan jarang mass restok untuk rancakkan promosi. Selalu pasaraya ini membuat promosi apabila perlu.

Trademark harga = Beli 3 Rm15
Kelebihan - Kurang staff Collector, so masih berpeluang dapat yang best-best di pegs
kekurangan- Jarang restok dan sales
Collector Friendly- 3 Star
BILLION/Lulu/Hamley - Sukar diramal dan sukar dijangka
Trademark harga = tiada
Kelebihan - Kurang jadi tumpuan scalper
kekurangan- Jarang restok 
Collector Friendly- 3 Star

Nantikan edisi kedai serbaneka dan kedai rangkaian pada episod berikutnya dan semoga ianya membantu serba sedikit rakan-rakan yang baru berkecimpung dalam arena memburu hotwheels. Mcm biasa,ingat sikit orang belakang. Beli untuk mengumpul, kurangkan membeli untuk menjual.

Selamat memburu dalam kesamaran.


Part 2 : Hot Wheels Hunting Tips