adsense Cara Tanggal Cat Hot Wheels Dengan Mudah (Paint Strip Untuk Beginner)

Cara Tanggal Cat Hot Wheels Dengan Mudah (Paint Strip Untuk Beginner)





Untuk buang rivet base Hot Wheels boleh refer link ni ye : Cara Buka Base Hot Wheels


Post ni aku buat khas untuk yang baru nak belajar custom Hot Wheels dan nak tanggal cat asal dengan cara paling senang dan biasa orang guna, tanpa merosakkan body.

Aku share ikut urutan sebenar aku buat.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Sebelum mula, sediakan dulu barang ni:

  • Paint Remover
    👉 Link Shopee untuk pembelian : https://s.shopee.com.my/5q3sw4deqs

  • Berus gigi / berus kecil
    👉 Untuk bantu gosok cat yang dah lembut

  • Sarung tangan (Glove)WAJIB
    👉 Elakkan tangan tak rosak masa handle process ni
    👉 Link Shopee untuk pembelian : https://s.shopee.com.my/9pa1hXI62H

  • Sabun basuh : Jenis liquid

  • Balang kaca 

  • Bekas berisi air paip

  • Besi halus yang boleh dibengkokkan (untuk cangkuk body)


Langkah 1: Un-Rivet Hot Wheels Dulu

Mula-mula, kena un-rivet dulu Hot Wheels.

Tujuan:

  • Nak buang bahagian plastik
  • Elakkan plastic rosak atau melt
  • Paint remover untuk body besi sahaja

Lepas dah buka: ✅ Asingkan body besi
✅ Simpan bahagian plastik tepi


Langkah 2: Sediakan Paint Remover

  • Tuang paint remover ke dalam balang kaca
  • Jangan guna bekas plastik sebab bahan ni bersifat asid

📌 Jangan pegang paint remover dengan tangan kosong
📌 Sarung glove sebelum sambung langkah seterusnya


Langkah 3: Rendam Body Hot Wheels

  • Bengkokkan besi tadi jadi macam cangkuk
  • Guna besi tu untuk pegang body Hot Wheels
  • Rendam body ke dalam balang berisi paint remover

Tunggu dalam 5 minit sahaja Tak perlu lama-lama.


Langkah 4: Keluarkan Body Dengan Besi

Lepas 5 minit:

JANGAN guna tangan ✅ Gunakan besi yang dibengkokkan untuk:

  • Cangkuk body
  • Angkat keluar dari balang kaca

Ini sangat penting untuk keselamatan.


Langkah 5: Rendam Dalam Air Sabun

  • Terus rendam body tadi ke dalam air sabun
  • Tujuan:
    • Hentikan reaksi paint remover
    • Mudahkan proses gosok cat

Langkah 6: Gosok Cat Guna Berus

Sekarang baru boleh start gosok:

  • Guna berus gigi / berus kecil
  • Gosok perlahan-lahan
  • Cat akan tanggal sedikit demi sedikit

📌 Jangan gosok terlalu kasar
📌 Buat slow-slow supaya detail body tak rosak

Kalau cat degil:

  • Rendam balik sekejap
  • Ulang proses sama

Lepas Dah Siap

Bila cat dah tanggal:

  • Bilas dengan air biasa
  • Keringkan body
  • Body dah sedia untuk:
    • Cat baru
    • Custom seterusnya

Penutup

Cara ni adalah antara cara paling simple dan biasa digunakan oleh customizer, khususnya untuk beginner.

Tak perlu rush, buat ikut step satu-satu.
Yang penting: ✅ Body selamat
✅ Tangan selamat
✅ Senang nak proceed custom